@!nn@jw@ 2012

Sunday, October 2, 2011

Manusia,, Malaikat & Syaitan


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu.

Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini. Awal lagi ni. Zzzzz


Manusia - Nak makan, laparlah.

Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah.
Syaitan - Ahh, takyahlah. Dah lapar ini! Mmm.. Sedapnyaaaa.


Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?

Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.

Syaitan - Ehh, panaslah! Takda style langsung, nampak kampung!


Manusia - Alamak, dah lewat!

Malaikat - Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat.

Syaitan - Ahhh! Awal lagi. Hmm, aahh. Suruh si X, punchkanlah.


Manusia - Azan sudah kedengaran.

Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan.

Syaitan - Baru pukul berapa? Relax lah. Awal lagi ni.


Manusia - Eh, eh.. Takleh tengok ini, berdosa!

Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Melihat & Mengetahui!

Syaitan - Perggghh! Best tu. Rugi oh kalau tak tengok ni.


Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa.

Malaikat - Wahai anak Adam, cegahlah ia.

Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh!


Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain.

Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu.

Syaitan - Sendiri fikirlah! Semua dah besar. Buat apa susah susah, pandai pandailah.


Manusia - Aku telah berdosa.

Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.

Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat. Lagipun muda hanya sekali. Rugilah. (kalau sempatlah)


Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!

Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.

Syaitan - Jangan bimbang, takda sesiapa yang tahu. Jomlah!


Manusia - Uh.. Letihnya harini. Tak solat lagi ni.

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan Rasul-NYA, kebahagiaan di dunia & akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.

Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) & kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu.



0 comments: